Diterbitkan pada 06 Apr 2026 · 1 kali dibaca · Umum
Apa Itu Fungsi Quick Offer di TenderKini?
Quick Offer adalah ciri inovatif yang direka khas oleh TenderKini untuk mempercepatkan proses mendapatkan maklumbalas tawaran jualan atau belian untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Dengan fungsi ini, perniagaan dan agensi dapat menjimatkan masa, memudahkan urusan dan meningkatkan peluang mendapat maklumbalas lebih mudah dan pantas.
Langkah Mudah Menggunakan Fungsi Quick Offer
Menggunakan Quick Offer sangat mudah dan mesra pengguna. Ikuti langkah berikut untuk mula memanfaatkan kelebihannya:
- Daftar dan Log Masuk: Pastikan anda mempunyai akaun TenderKini yang aktif, kemudian log masuk ke portal.
- Cipta Quick Offer: Mencipta tawaran baharu (jualan atau belian) berdasarkan tawaran keperluan
- Reply Quick Offer: Lengkapkan borang tawaran dengan maklumat yang tepat dan lengkap.
- Hantar Quick Offer: Setelah pengesahan, hantar Quick Offer dengan hanya beberapa klik sahaja.
- Sorting Harga: Sistem membantu anda senaraikan harga tawaran dari terendah hingga paling tinggi.
- Penilaian & Pemilihan: memudahkan untuk membuat penilaian & pemilihan tawaran yang terbaik
Kelebihan Menggunakan Quick Offer di TenderKini
Fungsi Quick Offer memberikan kelebihan yang signifikan khasnya kepada perniagaan dan agensi kerajaan, antaranya:
- Penjimatan Masa: Mempercepat proses penghantaran tawaran dengan langkah yang dipermudahkan dan dapatkan harga tawaran lebih cepat.
- Kecekapan Tinggi: Mengurangkan kesilapan dengan pengisian maklumat yang konsisten melalui template quick offer.
- Pengurusan Sebutharga & Tender lebih Efisien: Membolehkan pengguna menguruskan lebih banyak tender dengan lebih mudah dan pantas.
- Meningkatkan Peluang Menang Tender: Penyertaan yang cepat dan tepat membantu meningkatkan peluang untuk dipilih sebagai pemenang.
- Mesra Pengguna: Antara muka yang mudah digunakan membantu setiap pengguna, sama ada baru atau yang berpengalaman.
Secara kesimpulannya, fungsi Quick Offer di TenderKini adalah alat yang sangat berguna dan efektif untuk perniagaan serta agensi kerajaan yang ingin melicinkan dan mempercepatkan proses penghantaran sebut harga tender. Dengan langkah penggunaan yang mudah dan pelbagai kelebihan, anda dapat memberi tumpuan kepada kualiti tawaran dan memaksimumkan peluang perniagaan. Jangan lepaskan peluang untuk menggunakan Quick Offer hari ini dan tingkatkan peluang kemenangan tender anda dengan lebih pantas!
Sekiranya memerlukan bantuan dan penerangan lebih terperinci, sila hubungi team tenderkini yang bertugas.
Komen
Tiada komen lagi. Jadilah yang pertama berkongsi pendapat.
Log masuk atau daftar untuk menghantar komen.